sila click

Monday, April 1, 2013

KK to KLANG is going to TOK BALI

Hai..
gud day everyone..
from march10 to december11
hampir dua tahun di KK
from december11 to april13
setahun lebih juga di Klang..
bulan april ni kami akan berpindah pula ke tok bali..
banyaknya kenangan di kapar,klang..sama banyaknya dengan kenangan di KK
di KK MyDear Zaid dari bayi hingga mampu berjalan..

Di Kapar MyDear Zaid sudah mampu di bawa berborak..bijak dengan caranya tersendiri..
begitu berminat dengan bermacam puzzle..mula mengenal ABC, alif ba ta,da pandai kayuh basikal,da mula sakit gigi,keletahnya menyebut coklat dengan COKFET, ayat yang biasa keluar AID NYER, AFA NYER, ABAH NYER, IBU NYER, AID WAT, AFA WAT, IBU WAT, ABAH WAT..telatahnya meneman ibu memasak di dapur, ada sekali ibu ajak masak nasi,Dear dulu ke dapur ambil beras 4ulas campak dalam kuali yang da standby atas dapur gas..arrrrhhh..banyaknya keletah si kecilku ini..begitu setiap satu sangat berharga..bila teringat rasa gembira bercampur sebak..cepatnya Dear membesar..

dalam cepatnya Dear zaid membesar tak kurangnya My Dear Zalfa membuka ceritanya tersendiri..Dari mula lahir di sini kini walau hanya setahun lebih bermacam kenangan ditempanya di sini..Kehadiran zalfa menyeri hidup kami sekeluarga..Zaid mula bijak memainkan peranan sebagai abang walau terkadang tatkala cemburu,dear akan bertindak agak berani..zalfa sudah pandai berjalan..kini dah pun mampu berlari..petah berbual dengan bahasa tersendiri..mula mengenal objek sekeliling, mudah terangsang dengan muzik..Dear mesti nak goyang2 bila ada muzik walaupun tengah menyusu..hahah..irama bertukar,gaya lenggok pon bertukar..Suka duduk dalam sesuatu..apa saja yang muat utuk masuk,dear akan duduk di dalamnya..bakul,kotak,kerusi yang terbalik,gulungan getah paip,toy box etc..keletahnya mencetus idea pada si abg utuk turut serta..

Zaid menyatakan rasa kasih pada ibu n abah dengan "sayang bunyi" di seluruh muka: pipi,hibung,dahi,dagu,telinga..hahah..
Zalfa pula dengan memberikan "big hug"..sambil tersenyum manja,bila da selesai mesti sebut "daaa" pon dengan senyuman manja..

cepatnya anak2 ini membesar..walaupun sepanjang hari bersama mereka namun cepatnya masa berlalu..terlalu banyak ingin di coret namun tak tercoret..terrrlalu banyak..rumah ini terlalu banyak menjadi kenangan kerana di sinilah anak2ku mula membesar n boleh dikatakan mula mengenal dunia.kisah mereka di sini akan tetap di hati..

buku baru akan di buka di Tok Bali pula..agak2 di usia mereka sudahkah mereka memahami erti berpindah?
di rumah baru nanti adakah mereka teringat kembali kenangan2 di rumah ini? Dear zaid ingat tak Dear pernah menetap di Sabah?

apapun,alhamdulillah kami tetap bersama dalam satu keluarga..ke manapun abang ditugaskan kami bertiga tetap bersama abang..biar anak2 membesar di depan mata kita berdua,dengan izin ilahi..



p/s : entry beremosi sebab terlalu banyak kenangan di rumah yang bakal ditinggalkan terutama bila terkenang di sinilah dua putera puteri kami ini membesar..rumah ini dipenuhi gelak tawa kami n tak ketinggalan bebelan kasih sayang dari si ibu..hikhik..



Thursday, March 7, 2013

Pengisian Kekosongan..

ENTRY INI TIADA KAITAN DENGAN KEKOSONGAN JAWATAN..OKEY..(u may leave if unrelated w ur search)..

Kejam sangat ke bunyinye?hiii,bukan bermaksud nak kurang ajar..tapi daripada readers bengang di akhir pembacaan baik terus terang di awal penceritaan ye tak?

Sebenarnya entry ni nak cerita secara ringkas ape yang berlaku sepanjang "percutian berblog" yang agak panjang..panjang la kot,da lebih setahun kan..sepanjang setahun lebih blog ni kosong..konon tuan tanah nak isi apa yang termampu secara ringkas..

jan 2012
kami da menetap di semenanjung(sebelum tu kan kami di sabah)
Feb 2012
macam nothing special..(betul ke)
yang pasti bulan dua ni kami da menyewa di kapar,klang..
March 2012
kelahiran puteri tercinta, Zalfa pada 160312 di hosp sungai buloh..
April 2012
dalam pantang la kan..di kapar..zalfa mngidap prolong jaundis..so boleh dikatakan setiap hari berulang klinik..jaundis tak tinggi tapi tak juga surut..
May 2012
i lost da memory :p
Jun 2012
still lost
July 2012
lost
August 2012
lost
Sept 2012
lost
Oktober 2012
2nd birthday MyDear Zaid..celebrate kat umah je dengan hidangan kasih sayang utk anak tercinta..
November 2012
Hubby's birthday with homemade cheesetart..sambutan tersangat ringkas,sorry sayang..but hope u know how much i love u..
December 2012
my birthday celebrated with full of love by my beloved family..
January 2013
lost
February 2013
lost

wah,so many lost..actually bukan la lost bermaksud hilang sepenuhnya atau tiada pengisian aktiviti langsung..tapi dengan bangga nya nak ingatkan diri sendiri kalo tak di ctatkan walaupun ada disimpan dalam kepala tapi pasti sukar nak di cari dan disusun kembali..
lepas berkira2 itulah saya tekad nak kembali berblog..terasa sayang kiranya kenangan terindah hilang begitu saja..
bila baca semula entry lama terkejut sendiri betapa banyak detail yang ada..tersenyum sendiri dengan gambar2 kenangan..
its fun 

so harap pasni dapat recall balik apesaja memory dari jan12 hingga feb13 utk di tampal di dalam diari blog ku ini..
all da best to myself..

REACTIVATED..

Terlalu lama menyepi..
Terlalu lama memendam..
Terlalu lama "menyendiri"..
Terlalu lama menangguhkan..

sepinya malam ini memanggil2 utk kembali ber "blogging"..
Diharap pengaktifan semula blog ini mampu mengubat
minda yang kosong..
jiwa yang lara..
hati yang rindu..
kasih yang pudar..
cinta yang goyah..

agar kembali terisi, kembali tenang, kembali bertemu, kembali segar, kembali teguh..

Selamat kembali diucap pada diriku sendiri..

Friday, October 28, 2011

we're back??

cam tak caye..
tapi draft order da kuar..
tapi cam ada halangan je..
harap2 orang yang cuba menghalang itu takkan berjaya..
makanya,
babai sabah
kami akan merinduimu..
kalau insan yang jual ikan tu berjaya menghalang,
makanya,
disini lah kami lagi,
setia bersama sabah
utk ntah berapa tahun lagi..
ikutkan memang belum puas hidup disini..
pulau2 pon belum habis dijelajah..
tapi panggilan bumi kelahiran tak mampu diabai..
InsyaAllah,
kami akan kembali
tak lama lagi..
bersatu dengan keluarga
yang jauh di seberang
yuhuuu..
orang kampong..
kami nak kembali..harap kembalinya kami,kembali selamanya..

Monday, September 19, 2011

Seorang bayi menjelaskan dirinya tidak bersalah..

CAUGHT ON CAMERA..

Seorang bayi di tangkap ketika sedang menyelongkar wallet abahnya..
Walaubagaimanapun beliau cuba menerangkan hal yang sebenarnya bukan seperti yang disangka..
beliau mengaku tidak bersalah dan menjelaskan hal yang sebenar, live in camera..



setelah mendengar penjelasan beliau dan bukti2 kukuh di dalam video tersebut, pihak hakim memutuskan beliau tidak bersalah..

beliau sangat gembira kerana berjaya menyelesaikan salah faham yang berlaku..

Thursday, September 15, 2011

Cara siang ikan pari

hahah..
sebelum nak story panjang lebar, saya nak gelak dulu..
sebabnya ikan pari yang muHubby bawak balik arini bukanla besar sangat pun..
tapi menggelabah punya pasal,
abis sume org saya call..
(takde la semua org pon)
mula2 saya call mama(my Mother in Law)
tapi takde org pickup phone..
sya tak terus call mymom coz tak penah lak nampak mak siang ikan pari..
kalo mama ni saya perasan macam2 ikan yang saya tak kenal pon ada..
tapi sebab tak dapat call mama saya pon call la mak
ape punye anak la, saya salah wat tanggapan kat mak sndri..
ampon mak..
mula2 call sya minta tlong ngan mak,suruh mak datang sini (KK) tlong saya
saje nak kasi gempak kat mak la konon..
mak tye knapa?
bila sya cakap saya tak reti siang ikan pari, mak cakap..
"la, bukan susah pon..ikan pari senang je.."
terkejut gak sya..
tu la, pandang rendah kat mak lagi..
daulat sungguh
 sya pon ikutla macam yang mak ajar..
ya Tuhan..
memang lebih mudah dari siang ikan kerapu..
saya suka mkan ikan kerapu tapi tiap kali nak siang mesti saya rase nak marah ngan ikan tu..
sebabnye tiap kali siang ikan kerapu mesti abis jari n tangan luke2 tercucuk segala macam benda yg tajam2 kat ikan tu..
ok,cukup..berbalik pada tajuk utama..
seperti yang mak bgtau, saya pon mula la menyiang ikan pari tersebut

1. Terlangkupkan ikan pari tersebut..biar nampak tulang belakangnye..

2. gunakan pisau yang tajam, potong (dengan jarak kira2 satu inci dari tulang belakang) dari ujung atas kepala sampai bawah..buat kiri kanan..

3. Buang bhgian tengah yang bertulang n beserta ngan segala isi perut n berbagai tu, amek bahagian kiri n kanan ikan sahaja..

4. bersihkan dengan air asam jawa..

pastu masak la sesuke ati korang..
saya penah dengar org cakap pasal ikan pari berbau hancing..
tak penah lagi saya jumpa tapi dari kajian yang saya buat, bukan cara kita siang ikan tu puncanya..
ia mgkin bergantung pada "kitaran" ikan itu atau pengendalian orang yang menaikkan ikan tu ke darat..
tapi saya tak pastila kesahihannya..
ikan pari yang saya siang tadi pon belum dimasak lagi..
tak buat kptsan lagi nak masak ape esok..
nanti saya cerita bab masakan n samada ada bab bau tu atau tak ye..


*sepanjang menyiapkan entry ni,tiap kali nak taip ikan pari mesti saya tersalah taip,-ikan keli-..tiap kali tu la kena delete n retype..
mgkin sebab pengalaman ngeri kali pertama saya siang ikan keli masih bermain di fikiran walaupun da dekat setahun hal tu berlalu..
nnti kalu ada masa, saya akan kongsi pengalaman tu dgn kalian k..


mm..ok la.. 
selamat menyiang ikan semua..

Wednesday, September 14, 2011

short video-dear main bola..

banyak sangat benda nak update..
tapi satu2 la..
wat masa sekarang saya nak share video2 myDear
da banyak achievement
tapi tak berkesempatan langsung nak update
banyak2 video jadi pekasam je da..
tapi pekasam ni lagi lama lagi sedap ye dak??
huu..


sebenarnya dear da mula bertatih masa umor 10 bulan 2 hari..
juz nak mention utk tatapan saya mase da tua nnti..
takut lupa..
pastu lepas dear da bley bertatih tu dear berehat agak lama,
lebey kurang tiga minggu kowt..
kami bedua pon dok heran ape yang mmbuatkan dear berehat panjang sampai cmtu..so,adala beberapa assumption kami reka2 endiri..
1-masa mula pandai bertatih tu dear tak pandai bengkokkan kaki utk duduk lagi..so bila kami dirikan dear n lepaskan tangan,dear akan terus melangkah kedepan..(logik tak)
2-Lepas da bertatih dua tiga kali sehari, Dear ada rasa takut skit kowt..atau kuramg yakin..so dear wat keputusan utk berehat..(boley jadi gak kan)
3-Dear rasa lagi seronok merangkak drpd berjalan..(hmmm...)
4-Dear perlukan lebih dorongan dari rakan sebaya..ye la dok umah sorang2 takde kawan sebaya nak main2..(so,si abah belikan kasut bunyi2 utk bagi dorongan- idea dari wan n abg ammar masa abah balik baru2 ni)
5-Dear malas..(kejamnye assumption)

banyak gak lagi kowt anggapan2 yang bermain di fikiran kami..
tapi masa hari raya aritu ramai orang datang rumah kan..
tak kira tua, muda, kanak2..
Dear cam dapat aura utk berjalan semula..
mula2 tu tiap kali org datang umah je dear mula tunjuk skill..time takde tetamu dear suke berjalan sambil berpaut kat kaki kami..
sampai susah la nak jalan coz sekuat2 hati dear berpaut..
lama2 Dear makin syok berjalan..
takde tamu pun dear akan berjalan gak sendiri..

bila da pandai jalan ni,pikir2 balik smula..semua assumption yangkami buat pun ada kebarangkalian tertentu..
hm,apepun,Dear da pon gmbira dengan skill barunya sampai boley main sepak2 "bouncy ball"..

*saya gelarkan bola dear sbgai bouncy ball coz dear suka tonton katun bouncy ball kat astro babyTV 618 tu..
so bila saya suruh Dear ambil bouncy ball,dear akan faham saya maksudkan bola tu..

cukupla dulu wat entry ni..
nnti ada lagi video panjang skit dear ngan bouncy ball.. =)

Monday, September 12, 2011

MyHp is alive..

ngee..
just nk bagitau yang MyHp da sembuh dari koma yang panjang..
welcome back 
hahaha
so happy..

Tuesday, August 16, 2011

My poor Hp..sob..sob..

Baru nak melepaskan rindu after berjauhan beberapa bulan, MyHp rosak pula..
MyHubby ngah usaha keras nak pulihkan..
Tapi baru elok skit sekarang makin parah..
sangat kecewa..
sangat sedey..
tapi saya percaya MyHp is GAGAH..
and MyHubby is super Gadget..
tak lama lagi MyHp akan pulih sepenuhnya..
rindu kamooo..

Monday, July 18, 2011

Bertatih..Menapak..

Satu lagi entry tanpa gambar..
seperti biasa, MyHubby still busy coz kes siasatan belum selesai..
kalau balik kerja biasa MyDear da pon tido..
tapi semalam, Dear tido kejap kol 930pm bangun..
tak lama pastu MyHubby pon sampai umah..
berkejaran Dear mendapatkan abahnye..
tapi bila MyHubby letak barang2 kat lantai,
terus tak jadi Dear dapatkan abahnye..
Dear beralih kat barang2 yang MyHubby baru letak..
ketawa besar kami berdua..
Tapi tak lama pun Dear main barang tu..
Rindu kat si abah 
Tu pasal Dear bangun tu..
pastu malam tadi Dear belajar bertatih lagi..
kali ni ulang alik antara kami..
maksudnya tanpa berpaut la kan..
jarak dalam 3-4 tapak Dear
lama jugak menapak camtu,sampai berpeluh2..
da penat,Dear duduk jap atas riba abahnye..
lepas rehat jap, Dear cam nak menapak lagi..
tapi bila MyHubby nak lepaskan,Dear pusing peluk si abah..
hmm..
saya lak try amek Dear..
bila berdiri mengadap si abah, Dear menapak lagi..
ai..ley plak camtu kan??
banyak kali gak kami cube..
memang Dear taknak menapak ke arah saya da..
Tapi ke arah si abah nak pulak..
pilih kasih..kecik ati..
hii,takde la..sebenarnya memang Dear rindukan abah Dear..
sikit sangat masa utk diorg bersama lately ni..
so bila tengok Dear cuba memanjakan diri ngan si abah sebenarnya saya gembira sangat..
Si abah pulak, walaupun penat seharian bekerja..
tetap gembira layan kerenah Dear..

Monday, July 11, 2011

alamak..terdelete..

aigoo..
ape aku da wat ni..
terdelete commnts from readers..
seribu keampunan kalian..
seribu penyesalan dariku..

Dear da sembuh

Alhamdulillah..
dear da sembuh..
Selera makan pon da bley tahan..
kalo dulu wat porridge segenggam beras pun sampai buang2.
sekarang dua genggam la dalam seari..
dulu tulang gitar jelas kelihatan,
sekarang da makin berisi..
alhamdulillah..
Dear da sihat dari demam..
da kurang serangan allergy..
Da makin lasak..

entry saya masih suram
gamba2 tak dapat transfer due to Hp lak yg demam..
tggu MyHubby abis sibuk jadi IO, baru dapat rawat MyHp ni..
hidup pon agak membosankan bila Hubby sibok sgt camni..
harap2 kes dpt diselesaikan before ramadhan..
nak habiskan ramadhan sepenuhnye bersama coz  last year sepanjang ramadhan kami berjauhan
insyaAllah

Sunday, July 3, 2011

Dear demam :(

Dua malam da Dear tak tido..malam tadi Alhamdulillah, Dear tido agak lena..
Tapi demam Dear belum betul2 kebah..
hurm, 
sedey bila tengok si kecil tak sihat..
Cepat sembuh ye anak ibu..

Friday, July 1, 2011

Work ethics..

Orang selalu pertikaikan servis kakitangan kerajaan..
kadang2 kesian gak kat mereka ni..
sebab dek segelintir, habis semua gomen serve diburukkan..
tapi nak buat camana kan, 
org tua da cakap
sebab dek setitik nila
habis susu sebelanga..
so sepatutnya setiap kakitangan ni kena la sedar
diorg nye attitude tu amatlah penting..
seharian kena berdepan ngan bepuloh or beratus customer..
jaga la tingkahlaku..
taknak senyum tu da jadi satu hal..
yang paling penting mind ur words..

Agak2 nape la saya ni tetibe nak membebel camni kan??
kalau takde angin masakan pokok bergoyang..
lagipon,kalo tak kena kat batang idong sndiri,saya pon malas nak panjang2..

Semalam saya bawak MyDear gi klinik..
Risau batuknye yang berkahak
hidung yg berair..
makin ke petang makin teruk plak..
so, saya ke klinik kerajaan la..
sebenarnya saya takut skit nak bawa ke swasta
ubat diorg kan biasanya agak terlebih "power"

Masa jumpe nurse tu,dia tanya kenapa..
saya cakap Dear batuk n selesema..
Die tanya lagi, Baby demam tak??{bukannye die nak check,tanye je camtu}
saya cakap sebelum datang tadi tak demam lagi tapi badan Dear da agak panas..
Nurse tu boley letak tangan je kat dahi Dear..
hello..klinik ni takde termometer ke??
takpe lagi sebab saya tau kalau die check pon Dear memang blom demam coz sblum datang saya da check gune termometer,ok..
Tapi saya takut Dear demam malamnye atau hari ni..
saya pon minta la ubat demam utk standby kat umah..
Spontan tak payah pikir2,tak payah tapis2 si nurse tu jawab sambil gelak sinis..
"jangan la kau minta anak kau sakit"
Gile ke?
ada ibu kat dunia nak mintak anak sakit??
speechless..
tak mampu nak bagi jawapan yg lebih pedas
saya jawab dengan naifnye-saya bukan minta Dear sakit,saya nak ubat utk standby di rumah saja..

Nurse tu pun bangun dari kerusi n pegi masuk bilik Dr,minta ubat..
saya tak paham..
kenapa bukan kami yg masuk bilik Dr??
Nurse tadi keluar semula bawa slip ubat yg da disahkan oley Dr..
die cakap Dr tak benarkan ubat batuk n selesema utk bayi bawah 2tahun..
betul ke macam ni??
die bagi slip utk ubat demam je..
Saya nak buat ape kan??
redha je la..
hari ni makin teruk plak Dear batuk n selesema..

Tapi sekarang baru saya terfikir jawapan berbentuk soalan utk ayat pedas nurse tu..
kalau saya minta ubat demam utk standby kat umah dikatakan mengharapkan anak saya demam, habis tu apa reason utk standby 1st aid kit kat umah??
org yg standby kit tu dikira mengharapkan pelbagai bencana ke?
Orang yang beli insurans tu plak kira camana yer??

Panjang entry sya kali ni..da la..
penat menaip..
sambil taip ni hati pon membuak2 je mengingatkan hal semalam..
banyak gak persoalan yang tak terungkai..
gggggggggggggggggggg


Thursday, June 30, 2011

Serak2 seksi..

MyDear yang ditinggalkan 2 hari..
Kini bersuara serak2 seksi jer..
hidung pon bermukus aje..
hm,MyHubby kena jadi IO plak..
cane nak bawak gi klinik ni??
huuu..
Cepat sembuh ye Dear..

Wednesday, June 29, 2011

Ku menanti..Ku merindu..

Harini both handsome man n handsome boy saya akan balik..
miss u guys..
Mula2 ingatkan flight mereka pagi..
sekali check petang semalam,malam rupanya..
midnite dijangka tiba..
siannya MyDear kena naik flite tersangat lewat begini..
sian gak kat MyHubby kena travel ngan MyDear berdua saja..
ala2 Guys trip plak..
apa2 pon,
save journey you two..
kita jumpa malam ni k..
rindu sangat..

Interview Penguasa Kastam

Dolu2 saya ada post entry pasal PAC kastam kan..
Alhamdulillah 
saya lulus PAC tu
Dan Dipanggil utk interview
Pagi tadi saya hadiri interview tersebut..
tapi saya taktau nak citer ape pon pasal sesi tu..
yang saya tau saya tersangat sunyi n sedih skarang ni
kenapa??
sebab kami sekeluarga sepatutnya sedang bercuti dikampung dari 23jun - 30 jun..
tapi disebabkan interview jatuh pada 29jun,so terpaksa la saya balik KK 28 jun seorg diri sebab haritu da beli tket flite pegibalik..
tinggal MyDear, tinggal MyHubby..
Semalam saya sibuk buat persediaan utk sesi interview..
kurang la kesunyian..
tapi hari ni..
lepas je interview..
saya sorg kat umah..
sedih..
rindu..
sunyi..

Tak sanggup lagi..
saya rasa nak pegi umah pakyong jer..
uwaaa...

Saya akan kembali mengupdate..

Kalau ada yang jengah..
kalau ada yang mencari..
kalau ada yang tertanya..

kalau ada la kan..

Minta maaf banyak2 sebab blog ni da bersarang..

Atas sebab2 tertentu saya terpaksa tetiba bercuti panjang..
ngee..


Tapi insyaAllah mulai ari ni saya akan kembali meng-update..
perlahan2 saya akan cube buang sawang n sarang2 yang memenuhi blog ni..


Tuesday, May 3, 2011

Believe in urself

huu..
aritu janji nak update blog after sembuh demam..tapi tak kesampaian..
ntah la, rindu kat HP kowt..
huu..
so, tak kesampaian nak update pasal balik kampong lagi..
tapi kali ni nak corat coret je..
pasal pe?
pasal tajuk tu la..
Beleive in Urself
acapkali
diluar sedar kita akan lebih percayakan org lain drp diri sendiri..
kenapa??
ntah..
tapi disebabkan kurang kepercayaan pada diri sendiri la yang wat kita lebih suka percaya cakap2 org..
kalo tak memudaratkan tu takpelah..
yang sakit,pedih,perit,kecewa,rasa bersalah nye akan kita rasa 
bila tindakan kita yang lebih percayakan org lain ni
membuatkan orang yang kita sayang menderita 
lagi menyayat hati bila kita cuma mampu tengok orang yang kita sayang tu menderita
tak mampu untuk tolong pon...
paham ke kalian ngan corat coret saya ni?
tak pe la kalo tak paham
saya pon saje nak meluahkan rasa hati
yang amat menyesal akibat 
lebih percayakan orang lain 
memang diri tak punya pengalaman
tapi diriku juga dikira golongan terpelajar..
please myself..
beleive it..
for those we love..
jangan berkecil hati wahai si doktor..
tapi mulai hari ini
saya takkan percayakan kalian seratus peratus lagi..
jangan terasa sang pengembara..
kerana walau seluruh dunia sudah kau jelajah,
belum sama halnya dengan duniaku..
terima nasihat dari yang berpengalaman,namun..
tapislah mengikut kesesuaian..
kerana 
walau seribu pengalaman mereka,
mungkin hal kita adalah hal yang ke seribusatu
tiada guna menyesal
ubah apa yang termampu..
teruskan mengikut caramu...

Saturday, April 23, 2011

Balik Kampong,,

Lama kan saya tak update blog..
Sebenarnya Kami sekeluarga balik kampong selama seminggu sepuloh ari..Dari 8hb sampai 18hb..Da lama la kiranya sampai KK kan, da lima hari..apsal tak update2 blog nye??busy sangat ker??
tak busy pon..
Tapi 18hb tu sampai umah,rehat2 kemas2 skit2 la kan..pastu 19hb MyHubby start la rasa tak sedap badan..pegi keja kol 7,kol seploh da balik..demam..yang saya ni pon da ada rasa skit la nak demam tapi larat lagi..
petang tu makin panas lak, saya ajak gi klinik..dapat mc..
balik je dari klinik badan saya plak seram sejuk..tapi gagah lagi la konon sebab sian kat MyDear..
Malam tu dua2 rebah tak larat sangat..Baring jer,Dear pon main sorang2 je dah..Ari Rabu makin teruk plak kami berlumba2 demam..MyHubby sampai 39.4*C..saya tahan skit la,38.3 je..
sampai pagi khamis kami rasa segar je bangun tido..MyHubby pon da lrat pegi kerja..
tup2 pukol sembilan saya da start rasa seram sejuk..
Demam lagi..tgahari MyHubby yang tolong masak coz balik kerja awal..
Hm,jumaat baru betul2 sihat..
tapi arini baru dapat kelapangan nak update..
hm..
banyak nak story pasal balik kampong..
nanti saya update lagi lah..
cau cin cau..