sila click

Wednesday, September 14, 2011

short video-dear main bola..

banyak sangat benda nak update..
tapi satu2 la..
wat masa sekarang saya nak share video2 myDear
da banyak achievement
tapi tak berkesempatan langsung nak update
banyak2 video jadi pekasam je da..
tapi pekasam ni lagi lama lagi sedap ye dak??
huu..


sebenarnya dear da mula bertatih masa umor 10 bulan 2 hari..
juz nak mention utk tatapan saya mase da tua nnti..
takut lupa..
pastu lepas dear da bley bertatih tu dear berehat agak lama,
lebey kurang tiga minggu kowt..
kami bedua pon dok heran ape yang mmbuatkan dear berehat panjang sampai cmtu..so,adala beberapa assumption kami reka2 endiri..
1-masa mula pandai bertatih tu dear tak pandai bengkokkan kaki utk duduk lagi..so bila kami dirikan dear n lepaskan tangan,dear akan terus melangkah kedepan..(logik tak)
2-Lepas da bertatih dua tiga kali sehari, Dear ada rasa takut skit kowt..atau kuramg yakin..so dear wat keputusan utk berehat..(boley jadi gak kan)
3-Dear rasa lagi seronok merangkak drpd berjalan..(hmmm...)
4-Dear perlukan lebih dorongan dari rakan sebaya..ye la dok umah sorang2 takde kawan sebaya nak main2..(so,si abah belikan kasut bunyi2 utk bagi dorongan- idea dari wan n abg ammar masa abah balik baru2 ni)
5-Dear malas..(kejamnye assumption)

banyak gak lagi kowt anggapan2 yang bermain di fikiran kami..
tapi masa hari raya aritu ramai orang datang rumah kan..
tak kira tua, muda, kanak2..
Dear cam dapat aura utk berjalan semula..
mula2 tu tiap kali org datang umah je dear mula tunjuk skill..time takde tetamu dear suke berjalan sambil berpaut kat kaki kami..
sampai susah la nak jalan coz sekuat2 hati dear berpaut..
lama2 Dear makin syok berjalan..
takde tamu pun dear akan berjalan gak sendiri..

bila da pandai jalan ni,pikir2 balik smula..semua assumption yangkami buat pun ada kebarangkalian tertentu..
hm,apepun,Dear da pon gmbira dengan skill barunya sampai boley main sepak2 "bouncy ball"..

*saya gelarkan bola dear sbgai bouncy ball coz dear suka tonton katun bouncy ball kat astro babyTV 618 tu..
so bila saya suruh Dear ambil bouncy ball,dear akan faham saya maksudkan bola tu..

cukupla dulu wat entry ni..
nnti ada lagi video panjang skit dear ngan bouncy ball.. =)

1 comment:

  1. Iron Man 2, the New Colossus, and more | Titanium Hair
    Iron Man 2, the New Colossus, and more of Iron Man and his ford titanium companions, from the Avengers to the mens titanium earrings New Avengers titanium gr 2 and ford titanium all the titanium band ring Marvel Comics

    ReplyDelete